Baru ni ada tengok video cara2 nak melajukan pc kalau dah slow. Boleh tengok link ni CARA SETTING LAPTOP YANG LEMBAB/SLOW oleh Muhammad Irfan Muhammad. Credit to him. Yep itu cara yang … boleh katakan simple. Mungkin yang agak buta-it takut nak buat. Amek jalan mudah. Mintak kawan2 yang ada skills bantu untuk follow the instruction. Actually cara ni memang paling simple. Run msconfig then disable mana² program yang tak mau di-auto-run kan bila Windows start.
Ok nak ajo cara selain msconfig. Lebih “mudah dan selamat“. Kita guna regedit. Please be very extra careful sebab regedit ni kalau silap buat … boleh masuk bengkel untuk format. So sebelum korang hack Windows … bekap dulu. Cara bekap? Kena refer tutorial lain. Ok andaikan dah masuk Windows. Tekan button Windows+R nanti nampak kotak macam kat bawah tu …
Taip dlm tu regedit dan ENTER. Nanti computer tanya Do You Want to … bla bla bla .. tekan je YES. Akan keluar penampakan sebegini :
Kita akan edit kat 2 tempat jer … HKLM (Hot Key Local Machine) ngan HKCU (Hot Key Current User).
Expand/explode sampai jumpa folder RUN. Secara panjangnya macam ni
[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run]
Dalam tu ada list program yg automatik run bila dah masuk Windows. So delete jer yang rasa tak penting. Kalau was², boleh tanya aku or TechSupport. Ok setel kat sini .. seterusnya benda yg sama jugak tapi kat tempat lain
[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run]
Buat jugak benda yang sama. Delete yang tidak perlu. Ok setel. Efek tak nampak lagi sebab kena restart pc dulu …
Oppsss … Seblum restart, ada 1 lagi tempat yang nak kena delete jugak.
Kat Start->All Programs->Startup
Startup Item(s)
Dalam tu kalau banyak sangat program pon boleh jadik lembab pc. Delete jugak yg macam tak penting. Nak delete semua pon tak per … OK rasanya boleh dah restart pc korang. Nanti mesti terasa agak laju berbanding seblum ni. Cara nak restart PC takkan nak kena citer pulak?
Tapi kalau masih slow jugak camner? Maknanya PC korang ni dah tahap patut masuk muzium atau mungkin ada problem dengan hardware. Ni dah isu lain.
Tapi kalau tiba2 tak leh masuk Windows nak buat camner? Boleh hantar utk repair/reinstall Windows atau format jer.
Tapi kalau saya guna Windows 64bit camner? Biasanya 64 bit duduk dekat sini :
[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Wow6432Node\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run]
Ok. Banyak sangatlah tapi kau ni … Sekian sahaja tutorial mudah untuk melajukan pc anda. Jika tiada keberanian nak buat … jangan buat. Do at your own risk. Abang buat ok jer …